"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Isnin, 15 Ogos 2011

Umpama Segenggam Garam

     Assalamualaikum w.b.t.
       Apa khabar sahabat2 sekalian, moga-moga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini aku ingin berkongsi sebuah kisah seorang sufi yang sangat mulia lagi tinggi ilmu dan kecintaanNya kepada Allah s.w.t. 

       Guru sufi ini terlihat muridnya yang asyik  termenung dan berwajah murung. Apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya, guru mulia itu senyum lalu membawanya ke suatu tempat.

       "Nah ambil segelas air ini dan bubuh segenggam garam!" arah guru tersebut.
       Si murid pun mengikut arahan gurunya itu lalu memasukkan segenggam garam. 
       "Cuba kamu minum sedikit!" arah guru itu lagi. Wajah murid itu mencebik setelah meminum air masin tadi. 
       "Fuhh! Masin! Tekak mual." Jawab murid itu sambil meludah-ludah sisa masin yang masih melekat pada lidahnya. Peliknya, guru sufi itu hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Si murid tadi masih hairan, mengapa gurunya menyuruh meminum air garam..

       "Nak, sekarang mari ikut ke tasik." ajak si guru sambil meminta membawa segenggam garam lagi.     
       "Sekarang, lemparkan garam itu ke tasik" arah guru tersebut. Muridnya lantas bertindak seperti yang diarahkan.
       "Cuba minum air tasik ini," arah gurunya lagi.
       "Subhanallah, segarnya air ini," kata si murid.
       "Masih terasa tidak garam yang seperti air dalam gelas tadi?" tanya gurunya. Si murid menggelengkan kepalanya.

       "Segala masalah hidup ini umpama segenggam garam. Banyak mana pun masalah seseorang itu sudah dikadarkan oleh Allah sesuai dengan dirinya. Tiada seorang manusia waima seorang nabi terlepas dari penderitaan dan masalah hidup," kata guru sufi itu. "tapi penderitaan yang dialami itu bergantung pada besarnya Qalbu(hati) yang menampungnya. Jadi, nak, supaya tidak rasa menderita, berhentilah menjadi gelas, jadilah Qalbu dalam dadamu sebesar tasik"



       Subhanallah~ hebat kan. Teringat kata2 dari guruku, us nik "Kejayaan yang besar perlu pada pengorbanan yang besar. Dan pengorbanan yang besar tidak akan mampu dilakukan melainkan oleh orang yang berjiwa besar"
Kata seniorku, kak ain yang comel, "Badan biar kecik, yang penting jiwa besar.”
(^_~)) 

       Apapun perumpamaannya, jom sama2 kita ambil iktibar. Smile~ ^_^








Ramadhan ya ramadhan

16 Ramadhan 1432

Jumaat, 12 Ogos 2011

Hebatnya Pemuda


Lamanya bertangguh, Alhamdulillah hari ini baru ada kesempatan ingin berkongsi. Cerita yang xjadi semalam tu..^_~

          Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di sana, akhirnya aku berkesempatan lagi solat tarawih di surau kampung kelahiranku. Malam yang benar-benar menjanjikan kelainan. Kalau dahulu aku datang, masih budak lagi. Aku dan “sahabat seperjuanganku” akan bermain sepuasnya. Bagi kami, saat imam angkat takbir adalah saat yang paling seronok, sebab waktu itu para jemaah sedang khusyuk solat dan tiada siapa yang akan marah kami bermain. Sebelum sempat para jemaah memberi salam yang pertama, salah seorang daripada kami akan member isyarat, “time’s up!!” stop! Stop! Sembahyang!

Allah~ kenangan yang sangat manis. Walaupun selalu ja kena marah nasihat oleh mak cik-mak cik di situ…huhu

       Hari ini mak cik, budak yang selalu bermain semasa tarawih dahulu telah kembali. Tapi insyaAllah, kali ini sudah mampu menghayati hebatnya ramadhan dan tarawih ini. Terima kasih mak cik ^_~

       Kali ini aku datang solat tarawih. Tapi apa yang lainnya? Subhanallah, hatiku benar-benar tersentuh. Kali ini solat tarawih kami didahului dengan sedikit tazkirah pendek dari seorang ustaz muda. Barakallahulahu … Allah, tazkirah yang sangat-sangat aku rindui. Beberapa tahun yang lalu aku pernah datang ke sini, untuk solat tarawih. Memang terdetik di hatiku, “alangkah bagus andai imam dapat buat sedikit tazkirah untuk penduduk yang sangat memerlukan bimbingan ini.” Seperti yang biasa diamalkan di sekolah saya dulu. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.

       Alhamdulillah! Alhamdulillah! Ya Allah… hampir saja menitis air mataku mendengar kalam hikmah begitu bersemangat dari ustaz ini. Doaku moga Allah terus beri kekuatan kepadanya dalam mengajak tentera-tentera islam sepertinya bangkit mengubah diri, mengubah generasi menjadi generasi rabbani. InsyaAllah…

       Aku harap yakin sahabat-sahabat sekalian ada cara masing-masing untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi. kerana apa? Kerana hebatnya pemuda. Cerita lagi?? hehe,insyaAllah pada post yang akan datang pulak=)

hayati kata2 saidina Ali bin Abi Talib r.a.

Apabila kamu berasa letih setelah berbuat kebaikan, 
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan 
kekal selamanya. Namun, sekiranya kamu bersenang-lenang dengan dosa, 
sesungguhnya kesenangan itu akan hilang tetapi dosa yang
 dilakukan akan terus kekal.

"mari bersama tegakkan Islam diakhir zaman"





Ramadhan ya ramadhan
12 Ramadhan 1432

Khamis, 11 Ogos 2011

Pemuda itu…


   "Allah lah yg mnciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setalah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah setelah kuat itu lemah
kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki.
Dan Dia maha Mengetahui dan maha Berkuasa."
(ar-Rum:54)
      
        Benarlah firman Allah dalam kitabNya, Al-Quran yang Agung, hebatnya apa yang dikatakan pemuda itu. Zaman muda ini terlalu bertenaga, tinggi cita-cita dan keazaman yang kuat. Andai dia mengharapkan kemenangan, dia pasti mendapatkannya, “ genggam bara api biar sampai jadi arang”. Tidak hairanlah Sultan Ahmad Al-fateh berjaya menawan Kota Constantinople pada usia 19 tahun 
lagi. Tepuk dada tanya iman?




…haa~ aku ada cerita sikit. =)

      Ramadhan ya ramadhan~ Selalunya apa yang paling menarik kalau bulan ramadhan ini antaranya adalah solat tarawih. Kan? ^^ dan aku juga sedaya upaya untuk melaksanakannya. Dulu waktu di asrama, senang jak kalau mo g solat tarawih, sebab sepa xprgi kena marah…huhu~ tapi itulah yang mendidik aku sahingga kini. Rindunya aku pada solat berjemaah di masjid. Mendengar suara imam yang merdu.. opps! Hehe.. jumpa ramai orang dan yang paling penting dapat mengeratkan silaturrahim. Kini, aku telah pun keluar dari asrama dan mulakan kehidupan yang sebenarnya yang mana setiap tindakan tanpa arahan. Setiap kesalahan belum tentu ada yang membetulkan. 

       Hakikat yang perlu kita semua terima. Kan, kawan-kawan? Sebenarnya ada cerita lain yang ingin dikongsi, tapi terlupa sebab intro trlampau panjang.   Hehe…xpala, next time k. =)

Apapun, kita kena kuat. Sebab kesusahan dan kepayahan dalam bermujahadah ini bukanlah sia-sia.

“Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya(syurga).”
(Ali-imran: 14)

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari hamba sendiri, hakikatnya kedua-duanya dari Allah s.w.t.




Ramadhan ya ramadhan 
11 Ramadhan 1432

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan kembali lagi

Salam ramadhan...
Salam tarbiyah...

  
Ramadhan kembali lagi...
Tiada kata yang mampu menggambarkan, 
betapa istimewanya bulan ini...
Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi...
Ramadhan ini adalah sebuah institusi,
pendidik jiwa membersihkan hati...

Hakikat sebuah institusi, adakah yang memasukinya semua mendapat
segulung ijazah yang dijanjikan? Sudah pasti tidak bukan...
Hanya orang yang benar-benar ingin 
membersihkan jiwa yang merasai betapa manisnya
nikmat tarbiyah ini...

Itu sebab, ada yang keluar dari institusi ini menjadi
graduan yang berjaya,
dan tidak kurang juga yang keluar darinya,
hanya mendapat sijil puasa penuh semata-mata.

Sama-sama kita renung pada diri, 
tanya pada hati, adakah dia sudah bersedia
berjuang di institusi ini?
Agar keluarnya nanti menjadi insan rabbani.


untuk mengejar mardhotillah, bukan semudah mengukir kata,
O Allah, terimalah aku menjadi penuntut institusi tarbiyahmu...

  "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna"


Ramadhan ya ramadhan...

Isnin, 25 Julai 2011

Lamanya tidak update blog, atas sebab tertentu. Alhamdulillah hari ni berpeluang lagi ingin berkongsi sesuatu. ^_^ perkongsian yang tidaklah hebat manapun, tapi orang kata, selagi ada sharela~ huhu^_~

Satu petang, aku duduk-duduk di beranda rumah. Depan rumah aku tu, ada dua buah rumah. Dua buah rumah yang sangat berbeza. Satu rumah mewah dan satu lagi sebaliknya. Aku melihat dan mengelamun seketika.
 
   "best jugak duk umah besar ni, mewah mesti bahagia..." sambil terbayang jadi orang kaya. hehe...

...dalam aku mengelamun tiba-tiba terlintas di fikiranku, tapi adakah mereka ini bahagia?? dan bagaimana pulak dengan rumah sederhana disebelahnya, adakah mereka tidak bahagia?? Persoalan ini memberi ruang untuk aku berfikir lebih jauh.

Aku teringat ceramah ustaz nik, ustaz sekolah dulu, kata beliau...

   "apa itu kebahagian? berapa ramai yang diberi kekayaan, rumah besar, kereta besar, isteri besar hehe, tetapi sebenarnya mereka tidak bahagia. hidup mereka sibuk mencari kekayaan dunia, sehingga terlupa kekayaan yang sebenar di akhirat kelak. dan berapa ramai pulak orang miskin, rumah kecil, tidak ada kereta hidup mereka lebih bahagia. Senyuman yang lahir dari bibir-bibir mereka lebih ikhlas dan disenangi kerana itu semua lahir dari hati yang muthmainnah(tenang)."

Betullah, kadang-kadang bila aku melihat orang kaya, aku menjadi takut. Sehingga aku merasakan aku tidak mahu menjadi kaya. Patutlah nabi sendiri lebih memilih untuk menjadi miskin.
 Kadang-kadang orang miskin lebih mudah bersedekah berbanding orang kaya. Kadang-kadang orang miskin lebih mudah untuk belanja orang berbanding orang kaya. huhu,
 
Tapi betul kan...Betapa beratnya ujian menjadi orang kaya.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang kita ada? kekayaan yang paling bermakna sebenarnya adalah kekayaan pada jiwa. Ketenangan luar biasa.

Terpulang pada kita, mana satu yang kita buru. Kekayaan di dunia, ataupun akhirat? Kalau aku ditanya, aku akan jawab... dua-dua! hehe... tp memang itupun yang Allah ajarkan untuk kita agar seimbangkan kedua-duanya.

   "yaAllah ya tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"   doa yang sering kita baca, andainya kita faham~~

Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat sekalian, cek balik niat yang sudah lama kita biarkan. Jangan tunggu satu muharram dulu baru nak pasang niat. Lihat balik, kadang-kadang niat yang kita sematkan dalam hati terpesong sedikit. Luruskanlah balik. Moga-moga setiap tingkah kita, dikira ibadah disisinya.

Rasa sangat bersyukur dengan pengajaran yang aku dapat ini. Betullah, hikmah dan ilmu Allah itu berada dimana-mana. Duduk berfikir sejenak tentang kehebatan Allah, benar-benar menenangkan hati~
Allahu a"lam...

Begitulah kisah,
... Infront of my house, there are two different houses. For me, both of these houses is enough to reflect the reality of life in this world...

Isnin, 13 Jun 2011

Roselle oh roselle

"Fakta menyebut, roselle merupakan antara makanan ataupun minuman yang mengandungi kandungan VITAMIN C yang tinggi berbanding oren. Tapi mengapa khasiat malah kewujudannya tidak diketahui ramai? Ada pihak yang mengatakan, ini adalah antara agenda eropah satu ketika dahulu, mereka telah menutup mata dunia dengan mengatakan oren / sunkist = vitamin C. Dengan cara penghebahan seperti ini, maka berlaku seperti hari ini, nilai komersial oren yang mana buah ini, banyak di negara mereka adalah lebih tinggi."


~huhu, Allahu'alam... macam provoke la pulak kan, ^_^.
saya pun secara jujurnya, baru sahaja bertemu dengan Roselle ni di jordan...^^huhuhu, korang pun kan? kan? =p

Roselle oh roselle...



Fuhh... yang penting, sedapla...^^


Apa khasiatnya?

Roselle yang masih segar mempunyai Vitamin C 20 kali ganda daripada Vitamin C di dalam citrus dan roselle yang kering hanya mempunyai 9 kali ganda sahaja. Ini bermakna roselle perlu diamalkan setiap hari kerana banyak penyakit telah menyerang bukan sahaja golongan yang sudah tua tetapi juga golongan muda. Pelik tapi benar. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, lemah jantung, masalah buah pinggang dan sebagainya dinamakan penyakit degeneratif.

Anti penuaan

Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.





Anti penyakit  


Mencegah Penyakit JantungMencegah KanserKanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.


Mengubati masalah sukar tidur dan stress


Stress dan Sukar TidurMereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur. Masalah dengkur ketika tidur juga dapat diatasi dengan mengamalkan Roselle.


Antara lainnya dapat merawat luka dalam dan luar badan, merawat kecederaan, memberikan kelegaan kepada pesakit jika diamalkan Roselle bersama Madu seperti . Insya Allah anda akan merasai khasiatnya dengan izin Allah


Rabu, 25 Mei 2011

REMAJA~

  • ...Kekuatan sesuatu ummah terletak pada kekuatan pemudanya...


    lama dah aku rasa mau kongsi benda ni...n aku mncari masa yang paling sesuai... sahabat, hidup ini bukanlah sekadar untuk bersuka ria tanpa kita memikirkan masalah umat yang kian nazak tanpa pimpinan... andai kata hari ini nabi datang menjenguk para umatnya, alangkah hancur luluh hati baginda melihat kerakusan umatnya yang merobek keindahan islam...majalah2 hiburan kini menjadi pengganti Al-Quran. sunnah nabi diperlekehkan...sunnah barat, korea dan sebagainya menjadi pujaan... jubah dianggap ketinggalan zaman... yang bertudung dicemuh, yang seksi dipuji... pemerintahan menipu, rakyat kucat kacir...apakah tidak ada rasa sensitiviti langsung dalam diri anda...atau sekadar beristighfar tanpa tindakan yang sepatutnya... paling kurang, janganlah kita ini menjadi panah2 penyebab luka kesucian Islam...