"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Sabtu, 2 Jun 2012

Dunia Hari Ini

Assalamualaikum... 


rasa lama tidak menulis, mungkin sebab sibuk... atau tidak ada idea untuk menulis. :)
cuma ini yang ingin ku kongsi, keadaan dunia pada hari ini.


     Gerun rasa hati bila terkenangkan dosa-dosa, ditambah pula dengan keadaan dunia yang seakan-akan sudah sampai ke penghujungnya. Revolusi demi revolusi berlaku demi menumbangkan sebuah kezaliman. Meruntuhkan sebuah keangkuhan. Hanya kerana menuntut sebuah kehidupan yang harmoni dalam suasana keadilan serta rahmat kasih dari Tuhan.


     Palestin, dari dulu tidak habis-habis. Kezaliman, kerakusan rejim yahudi tidak kenal erti belas kasih, tidak pernah henti-henti. Seiringan jugalah dengan perjuangan kaum muslimin di situ, masih terus utuh. Berpegang pada janji Allah, kemenangan itu suatu yang pasti.


     Mesir, seakan-akan menuju kejayaan. Namun, perancangan musuh tidak akan berakhir selagi Islam belum ditumbangkan. Terkini, pilihanraya antara dua pemimpin besar. Apa yang boleh saya katakan daripada akhbar menyatakan, kedua-dua pemimpin ini adalah penentu hala tuju Mesir nanti. Satu mewakili kaum Muslimin, insyaAllah manakala yang satu lagi mewakili kaum KAFIRIN..!! musuh Islam laknatullah... kita yakin, rakyat mampu menilai, namun kuasa rakyat tetap tidak mampu menangani kelicikan pihak berkuasa, memutarbelit sistem pilihanraya..tidak telus..!! dan sbagainya.~


    Syria, sebak rasa hati bila mengenang nasib saudara seIslam kita di sana. Hari demi hari, pembunuhan demi pembunuhan kejam berlaku. Bukan sekadar tembakan, malah mereka disembelih beramai-ramai dalam trageni HAULA baru-baru ini. Sasarannya, kaum wanita dan kanak-kanak.  Lebih-lebih lagi, bila sahabat-sahabat yang pernah belajar di Syria menceritakan betapa kaum muslimin di Syria sangat baik dan pemurah. Akhlak mereka membuat aku teringatkan nabi. Sehinggakan, pelajar malaysia yang belajar di sana sering kali mendapat bantuan tidak kira bantuan kewangan dan sebagainya. Tidak hairanlah ramai sahabat-sahabat Malaysia di sana, walaupun dari keluarga yang miskin, tetap mampu untuk terus menyambung pelajaran sehingga tamat. Menurut sahabat itu juga, orang Syria sangat mengalukan kedatang penuntut Ilmu yang menuntut Ilmu agama mahupun yang datang untuk belajar bahasa Arab. 


     Allah... impian ku simpan sejak setahun yang lepas untuk berkunjung dan merasai sendiri, bumi syam tanah barakah ini.. namun, tidak berkesampatan kerana peperangan yang berlaku sekarang semakin teruk.
Bagaimana pula nasib Mesir?  Sama-samalah kita doakan.
Dan apa yang paling penting, bagaimanakah nasib MALAYSIA??? Tanah air kita...:(
Hanya doa ku panjatkan dari tanah para syuhada' ini, buat pejuang2 Islam di seluruh dunia, KHUSUSNYA di MALAYSIA, aku yakin...ISLAM KAN DI JULANG TINGGI...!!! 
ALLAHU AKBAR..!!





selagi mana ada kezaliman, selagi itu ada perjuangan..!!


     Akhir kalam, ayuh saudara TEGAKKAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan