"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Selasa, 26 April 2011

Tarbiah

... Sekadar perkongsian dari perbincangan dalam TDI (usrah) minggu lepas. Topik yang begitu menarik saya kira. "TARBIAH". Jom sama kita kenali apa yang dikatakan dengan tarbiah supaya kita berbahagia dalam hidup dalam "tarbiah".

... Apa yang dapat saya simpulkan dari perbincangan kami, TARBIAH membawa maksud pendidikan secara berterusan yang dilakukan dengan penuh rasa kasih dan sayang ikhlas dari hati seorang murabbi. Ia dilakukan secara bertahap mengikut kesesuaian mad'u. Sebagai contoh, cara untuk mentarbiah pelajar sekolah agama tidak sama dengan pelajar yang tidak sekolah agama, kerana pemahaman mereka adalah berbeza.

Firman ALLAH... 
"serulah kejalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat yang baik"

... Syarat tarbiah :  
  • Mestilah ada ilmu.
  • Dilakukan secara berterusan. Tidak boleh sekerat jalan. Maka seorang murabbi tidak dapat tidak, perlu sabar dan tabah sepanjang proses ini cuba dilaksanakan.
  • Jangan putus asa.
...  DR. A.Madkur mengatakan, tarbiah ialah satu kerja kearah pembentukan iman kepada Allah.
Maka sudah pasti ia bukanlah sesuatu kerja yang mudah.

.:: MATLAMAT TARBIAH::. 
Apa sebenarnya matlamat sebuah tarbiah? 
  1. Beribadah kepada Allah. Inilah hadaf yang paling utama dalam apa jua gerak kerja yang kita lakukan. Seorang murabbi mesti meletakkan tarbiah yang cuba dilaksanakan itu adalah untuk menarik manusia kearah pengabdian kepada Allah yang Esa.
  2. Menjadi khalifah dimuka bumi ini. Firman Allah... "Tidak aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada Allah"
  3. Berkenal-kenalan serta menjalinkan ukhuwah. 
  4. Mentarbiah untuk melaksanakan syariat dan memimpin dunia.
.:: RUANG LINGKUP TARBIAH::.
Ruang lingkup tarbiah sangat luas. Maka kita perlu berusaha mentarbiah diri kita, agar Allah sudi mentarbiah kita. Tarbiah bukan sahaja dilakukan dengan cara memberi ceramah, tazkirah dan sebagainya. Namun ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara lagi. 

.::FAKTOR KEGAGALAN TARBIAH::. 
Jawapannya ada pada diri kita. Ramai pendakwah ataupun murabbi ghairah melihat sekeliling sehingga lupa melihat pada diri sendiri. Kegagalan mengurus diri sendiri juga merupakan faktor yang menyumbang kepada kegagalan dakwah. Penampilan akhlak yang tidak baik, niat yang salah, ibadah yang sambil lewa dan banyak lagi.

...Kunci kejayaan dakwah.
  • Keikhlasan
  • Kesungguhan 
  • Kesabaran
  • Keyakinan
  • Tawakkal
...Namun tidak semua usaha dakwah ataupun tarbiah ini berjaya. Kadang-kadang bila kita ingin mentarbiah seseorang kita merasakan yang dia mesti terima apa yang kita cuba untuk sampaikan. Namun kita lupa bahawa HIDAYAH itu adalah milik ALLAH yang Esa. Teruskanlah usaha tanpa memikirkan apakah imbalan dan hasil yang kita dapat. Ingatlah Allah tidaklah memandang sejauh mana hasil yang diperoleh, tetapi Dia melihat sejauh mana usaha yang kita lakukan demi menggapai redhaNya.

...Akhir sekali, ingatlah, nikmat TARBIAH yang paling besar sekali ialah TARBIAH dari ALLAH Azza wa jalla. Ia adalah tanda Allah sayang pada hambanya. Lapangkan dada untuk menerima TARBIAH dariNya. 

Jumaat, 22 April 2011

indah nikmat ukhwah

Alhamdulillah~~ hr jumaat yg penuh bermakna.. pagi brmula dgn TDI(usrah)luv u all... kami mmbincangkan ttg TARBIAH... kmudian bersama-sama ke masjid mazar bertemu dgn ulamak besar..Habib Omar.. yaAllah, kmuliannya dpt kurasakan...


... Belum habis kenikmatan itu, petangnya pula ahli bayt buatkan jamuan sempena ulang tahunku yang ke 19... walaupun sebenarnya tarikh yang sebenarnya 2 hari yang lalu. Ni yang nak cerita ni~~ ^_- pada tarikh 'birthday' aku tu, pagi tu hati rasa tenang sangat. Cuba untuk melupakan bahawa hari tu 'birthday' aku...iyalah... biasanya kwn2 sekolah mesti 'wish' , tapi itu zaman sekolah dulu. Sekarang, kan dah besar dah, so, xyah ar nak manja2 gi..hehe.. hari tu aku cuba mngikuti sunnah nabi yang mulia, aku berpuasa. 
Seharian berlalu sepi, adalah 2, 3 org yg wish...huhu.. mmg2... ndakpalah, it's not the imptant one, i think!


... Balik dari jamiah, gi ar mghadap "buku muka" hehe, @ FB. Mungkin jgk mgubati hati yg lara~~ chewwah... haha, xdelah..bk bhgn profil, n mmg snok ar bc ucpan kwn2... arigato~~wlaupun bkn suma knal pun..hihi..lbh2 lagi saat xder org nak wish ni...haha nak tpon mak pon ..cam segan.. hee.. Tp mmg dahsyat ar, ptg tu, suma ali bayt aku tdo blake!! pnat kot...TP, xkan ucap sket pon xlarat?? knapa?? haha..cam klakar la plak...


...Bgitulah hari sterusnya, sama! huh~~ tp, aku lupa dah ar, dah org xingat, nak wat cne kan... ukhuwah ttp ukhuwah... TP, haha...xder ar, just kidding!!! ^^, n xdisangka hari jumaat yang sgt mulia, mereka yg kusangka lupa  'surprise la gtu' wat mkn2 ngan kek skali...mmg syglah korang^^ nak gtau ar ke korang, sy mmg surprise sgt...shinggan xtrgambar oleh wajah...almuklumla...hehe...hanya Allah yang mmpu mmberi gnjaran pd ukhuwah ini...even though some people thought  it was a trivial matter, but 4 me, i will never 4get it ... abadan abada...kerana ukhuwah itu indah^_^


AHLI BAYT IZUDDIN((^_^)) YG COMEY~!!!

AESAHMOHDNONG
KARIMAH MOHD
NASIBAH RUSDI 
MASYITAH ABD MAJID
SUMAIYAH
n xhousemate^^ 
AISYAH YAHYA
n stu2nya bleh ckp pure sbh ma dia
 KHAIRIYATUN NAJIHAH 
hehe...sgt mrindui sabah...
UHIBBUKUNNA LILLAHI TA'ALA~~

ukhuwah itu indah andai keranaNya~~

Khamis, 21 April 2011

2 hari yang lepas, melawat makam sahabat nabi, syuhada' perang mu'tah~
saat hati mencari ketenangan, mencari-cari punca hati menjadi hitam... muhasabah itu perlu~
aku merenung jauh, kedalam makam sahabat yang mulia itu... "mereka, sudah pasti khatimahnya, bersenang lenang menikmati imbalan ketaatan mereka...bagaimana dengan aku? kadang taat, kadang liat." 
Kadang-kadang kita merasakan bahawa kitalah orang yang paling berat ujiannya  tidak mampu menempuhinya, sehingga kita lupa janji Allah dalam kitabNya, 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" 
Al-Baqarah:286

Tentang Imtihan~~
"camana imtihan, ok??" inilah soalan yang wajib ditanya bila keluar sahaja dari dewan peperiksaan. Dan jawapannya sama ada, 
1..."alhamdulillah~~" 
2..."ya Allah~~~" 
     berapa ramai dalam kalangan kita yang menganggap imtihan ini adalah segala-galanya? lulus dengan cemerlang...ijazah... kerja dan sebagainya. Namun, berapa ramai yang memikirkan bagaimana dengan sumbanganku dimasa hadapan... Alhamdulillah bila berjaya, Alhamdulillah bila seballiknya... kerana kedua-duanya adalah imtihan dariNya..

berbahagialah dengan ujian dariNya...