"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Isnin, 31 Januari 2011

sahabatku di mesir

sekadar brkongsi, copy dr blog org... amanat dia, mnta sebar2kan...


Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia


So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
tp, dr maklumat yg aku dpt di jordan ni, maklumat mgnai rogol tu adalah palsu... alhamdulillah... moga Allah mmbantu mereka di mesir...sbb ini adalah ngr Islam...saudara kita!!! buat shbt2 sprjuangan, mg kalian tabah n sabar, rahmat Allah brsama kalian...

Ahad, 30 Januari 2011

apabila seorang insan dimuliakan oleh Allah...

hari ini aku membaca sebuah blog yg mgisahkan pmergian seorang insan mungkin saja sangat mulia disisi Allah... saat aku mbaca kisah itu, hmpir saja aku mnitiskan airmata krana mmbandingkannya dgn diriku... subhanallah!! 
       Alkisah benar berlaku disebuah masjid trletak di selatan ibu kota kuala lumpur(menurut crita dlm blog tu)... ketika kaum muslimin menunaikan kewajipan solat jumaat, seperti biasa imam yg akan mmbaca khutbah naik ke atas mimbar... Imam pd hari trsebut ialah seorang pemuda yang baru berusia 28 tahun, sudah brkahwin. Beliau memang sudah dikenali oleh para jemaah di situ... 
     Tanpa sebarang kejadian yang aneh, dia pun mmulakan khutbahnya seperi biasa.  Sampai pada perkataan "Uusiikum bittaqwallah... wa iyya.................". Tiba-tiba imam itu terdiam. Para makmum mnjadi hairan. Yang tertunduk sedari tadi bangn mengangkat kepala. Hampir semua mata tepat memandang ke arah mimbar. 
   Tiba-tiba, tangan imam yang kemas memegang kayu mimbar perlahan-lahan melurut ke bawah sambil matanya terpejam rapat, beliau terduduk kemas di atas kerusi mimbar dan kepalanya terlentuk lemah ke bawah. Makmum yang berhampiran lari mendapatkan imam trsebut. ternyata, Innalillahiwainnailaihi rojiun...
   Para makmum begitu teruja, sungguh mulia pemergiannya. Mungkin ada ssuatu yg ingin diperlihatkan oleh Allah s.w.t... Mayatnya diselenggarakan sprt biasa. MasyaAllah, skali lg kemuliannya di zahirkan. Mayat trsebut mgeluarkan bau yg cukup wangi... subhanallah.
   Apa sbnrnya amalan beliau sehingga diangkat sebegitu sekali, dizahirkan didunia lagi... stlh brtanya kpd isterinya, barulah diketahui bahawa arwah semasa hidupnya tdk pernah mninggalkan 2 perkara, solat witir dan dhuha... 
   Betapa Allah mengangkat amalan ini.. nmpak begitu mudah 2 rakaat, namun tdk ramai yg mmpu melaksakannya. Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan suma sahabat skalian, marilah sama2 kita mmperbanyakkn amalan kita. 

Jumaat, 28 Januari 2011

dakwah dan akademik

             Di Britain, orang Islam di sana yang kebanyakannya terdiri daripada belia telah diawasi secara diam-diam oleh 1,600 ejen. Walaupun program mengawasi secara diam-diam umat Islam ini dikecam oleh kalangan ahli akademik, ketakutan pihak tertentu di Britain kepada Islam mengalahkan kewarasan fikiran masyarakat ilmu.

              Ahli akademik di sana ada menegaskan bahawa mereka menentang segala bentuk tindakan mengawasi secara diam-diam siswa dan kakitangan berdasarkan etniknya, untuk tujuan imigresen dan alasan keamanan. Mereka mengecam keupayaan kerajaan yang ingin memanfaatkan anggota UCU untuk melakukan aktiviti mata-mata.

            Gerakan ahli akademik ini sebagai tindak balas terhadap tindakan Kementerian Pendidikan Inggeris yang dikeluarkan pada November 2006. Kementerian Pendidikan meminta pensyarah dan staf di universiti berkenaan mengintai mahasiswanya yang Muslim, kerana adanya "ektremisme Islam" di kampus.

            Sedarkah kita bahawasanya perkara yang sama juga berlaku di Malaysia!!! Dalam kita berasa prihatin dan runsing atas keadaan belia kita yang terlepas dikendali atau kawalan, kita juga ditimpa kemalangan fikiran yang menganggap semua gerakan kembali kepada agama sebagai musuh kemajuan dan perosak ketamadunan. Gerakan yang dipelopori pendakwah selalu dilihat serong dan dipencilkan oleh masyarakat amnya. 

sabda nabi... 
                      siapa dari kalangan kamu yang melihat kemungakaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah(nasihat penuh hikmah), jika tidak mampu, cegahlah dengan hati. dan itu adalah selemah-lemah iman...

           Dan kita sebagai mahasiswa, adakah kita juga termasuk dalam kalangan yang meminggirkan sahabat kita yang memperjuangkan Islam ini??? Tepuk dada, tanyalah iman kita... Bagi saya senang saja, apa yang dilakukan oleh seseorang itu selagi dia tetap dengan Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah dia berada di jalan yang benar. Siapa kita untuk menilainya... 

          Kadang2 tnpa kita sedari, kita sudah berjaya menjadi bahan sorakan oreintalis barat. Sistem orentasi peperiksaan telah berjaya melalaikan kita. Telah berjaya mengasingkan kita dari bidang dakwah itu sendiri. Syabas!!! 

"kita ni pelajar, mahasiswa, tugasnya belajar. selepas berjaya nanti, barulah kita mudah untuk berdakwah..."

"dakwah??? inikan bidang kerja golongan ustaz-ustazah... ini tugas mahasiswa yang ambik syariah...!!!"

"ingat amanah kita sebagai seorang pelajar. Jangan sibukkan diri dengan benda "lain"..." 

            Mengapa usaha dakwah ini dianggap sebagai benda "lain" yg menyibukkan kita... sedangkan bnyk lagi prkara lain seperti bersuka ria, shopping dan sebagainya... Inilah mentaliti belia Islam kita. Adakah kita menyangka dakwah itu hanya untuk golongan orang dewasa. jika kita yang dianggap sebagai masyarakat ilmu berfikiran sedemekian, saya tdk pasti bagaimana pemikiran masyarakat lain yang hanya tahu bangun pagi, pergi kerja... dpt gaji bayar hutang...

             sahabat~~ lihatlah keadaan masyarakat kita diluar sana, saksikan teman2 seusia kita, adakah punya masa lagi untuk kita tunggu sehingga selesai pengajian kita. Ataupun masih sempat menunggu saat kita bergelar DR dan sebagainya, sebelum tiba balasan dari Allah azza wa jalla... saya tinggalkan buat muhasabah dan renungan iman kita... 

firman Allah...
          Allahlah yang menciptakan kamu dr keadaan lemah , kmudian Dia menjadikan kamu setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan kamu setlah kuat itu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang di kehendaki. Dan Dia maha Mengetahui lagi maha Berkuasa...
                                                                                         ar.Rum:54 

          wahai kekuatan diantara dua kelemahan!!! bangkitlah!!! bangkitlah!!!

UkHuWaH iTu InDaH aNdAi KeRnA ALLAH...

selesai mengikuti prog. meraihkan khirijat, hati rasa trsentuh. walaupun prkenalan dgn mereka tdklah lama, namun ttp mninggalkan kesan dihati. mungkin inilah yang di katakan UKHUWAH. Dlam majlis ni, bnyk prsembahan yg mghiburkan hati, mnentuh perasaan, nasyid drpd kakak yg nak graduate ni. Yang paling saya trkesan ialah amanaht dan nasihat drpd kakak2 yg nak khirij ni. Betullah kata org, hanya mereka yang telah merasainya kan memahaminya. Ramai daripada kalangan merea yg mnasihati agar belajarlah sungguh, joinlah program, kutip seberapa bnyak pengalaman dan bnyak gi ar. Dan yg paling saya trkesan ialah, "adik2, ingatlah, kita belajar di bumi anbiya' ni, bnyak dugaannya. Setiap perbuatan yang kita lakukan, Allah akan bayar dengan CASH.Ikhlaskan niat kita. jgn ssekali mlanggar printah Allah, Allah itu maha teliti penilaiannya"... apa makna sebnar kata2 ini. Mengapa ramai senior2 di sini akan mengingatkan prkara ini? setelah aku selami, aku mula faham sedikit demi sedikit. mungkin aku jugak akan menasihati prkara yang sama satu hari nanti. Selain itu, ada lagi kata2 yg lebih mmberi kesan pada hati. " di bumi barakah ini,segala keaiban dan keburukan yg kita lakukan mlanggar printah Allah akan disingkap satu persatu...sentiasalah beringat."ya ALlah, nauzubillah... ya Allah beri aku kkuatan untuk mghadapi segala dugaan Mu. 
       Buat kakakku yang akan balik ke Malaysia, semoga diberi kekuatan untuk mmperjuangkan ilmu yang dipelajari di sini. moga Redha Allah mengiringi kalian...

Jumaat, 21 Januari 2011


ha~~ inilah peta jordan.. tp, x brapa tepat sbenarnya... sbb dlm peta ni dia xletak palestin. Sbnarnya, palestin berada di sebelah laut mati tu.Kemudian barulah Mesir, ataupun Egypt. Ikutkn memang sgt dekat ar. sbab aku nmpak dgn mataku sndiri, smasa gi jaulah ke laut mati tmpoh hari. Pemandangan laut mmg sangat cantik trutama pada waktu malam. Namun, keperitan disebalik keindahan itu, hanya mereka dan Allah saja yang tahu...Sayu rasa hati mgenang nasib palestin kini. Lebih2 lagi waktu di jaulah hari tu, masa brbual2 ngan shbt2, "wah, tgok tu Palestin" kataku dgn rasa taajjub.. "hah??" , Palestin?? Israel la~~... "katanya, alangkah sebak brcambur geram mmbuak-buak dlm hatiku... yaAllah, begitu skalikah Palestin hilang di hati kalian. " biarpun Palestin hilang d peta dunia namun tdk akan mampu mghilangkannya di hati kaum muslimin!!!", huh~~ aku hnya mamu mnjerit di dlm hati... namun ni lah hakikat yg brlaku, umat Islam smakin hilang rasa kperhatinan trhadap kaum muslimin yg lain. sdgkan rasulullah brsabda, 
              "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sndiri". 

saja nak kita imbas semula, kenang semula saudara kita yang masih menderita di Palestin sana. apa yang mampu kita lakukan adalah mendoakan mereka. insyaAllah~~