"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Selasa, 26 April 2011

Tarbiah

... Sekadar perkongsian dari perbincangan dalam TDI (usrah) minggu lepas. Topik yang begitu menarik saya kira. "TARBIAH". Jom sama kita kenali apa yang dikatakan dengan tarbiah supaya kita berbahagia dalam hidup dalam "tarbiah".

... Apa yang dapat saya simpulkan dari perbincangan kami, TARBIAH membawa maksud pendidikan secara berterusan yang dilakukan dengan penuh rasa kasih dan sayang ikhlas dari hati seorang murabbi. Ia dilakukan secara bertahap mengikut kesesuaian mad'u. Sebagai contoh, cara untuk mentarbiah pelajar sekolah agama tidak sama dengan pelajar yang tidak sekolah agama, kerana pemahaman mereka adalah berbeza.

Firman ALLAH... 
"serulah kejalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat yang baik"

... Syarat tarbiah :  
  • Mestilah ada ilmu.
  • Dilakukan secara berterusan. Tidak boleh sekerat jalan. Maka seorang murabbi tidak dapat tidak, perlu sabar dan tabah sepanjang proses ini cuba dilaksanakan.
  • Jangan putus asa.
...  DR. A.Madkur mengatakan, tarbiah ialah satu kerja kearah pembentukan iman kepada Allah.
Maka sudah pasti ia bukanlah sesuatu kerja yang mudah.

.:: MATLAMAT TARBIAH::. 
Apa sebenarnya matlamat sebuah tarbiah? 
  1. Beribadah kepada Allah. Inilah hadaf yang paling utama dalam apa jua gerak kerja yang kita lakukan. Seorang murabbi mesti meletakkan tarbiah yang cuba dilaksanakan itu adalah untuk menarik manusia kearah pengabdian kepada Allah yang Esa.
  2. Menjadi khalifah dimuka bumi ini. Firman Allah... "Tidak aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada Allah"
  3. Berkenal-kenalan serta menjalinkan ukhuwah. 
  4. Mentarbiah untuk melaksanakan syariat dan memimpin dunia.
.:: RUANG LINGKUP TARBIAH::.
Ruang lingkup tarbiah sangat luas. Maka kita perlu berusaha mentarbiah diri kita, agar Allah sudi mentarbiah kita. Tarbiah bukan sahaja dilakukan dengan cara memberi ceramah, tazkirah dan sebagainya. Namun ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara lagi. 

.::FAKTOR KEGAGALAN TARBIAH::. 
Jawapannya ada pada diri kita. Ramai pendakwah ataupun murabbi ghairah melihat sekeliling sehingga lupa melihat pada diri sendiri. Kegagalan mengurus diri sendiri juga merupakan faktor yang menyumbang kepada kegagalan dakwah. Penampilan akhlak yang tidak baik, niat yang salah, ibadah yang sambil lewa dan banyak lagi.

...Kunci kejayaan dakwah.
  • Keikhlasan
  • Kesungguhan 
  • Kesabaran
  • Keyakinan
  • Tawakkal
...Namun tidak semua usaha dakwah ataupun tarbiah ini berjaya. Kadang-kadang bila kita ingin mentarbiah seseorang kita merasakan yang dia mesti terima apa yang kita cuba untuk sampaikan. Namun kita lupa bahawa HIDAYAH itu adalah milik ALLAH yang Esa. Teruskanlah usaha tanpa memikirkan apakah imbalan dan hasil yang kita dapat. Ingatlah Allah tidaklah memandang sejauh mana hasil yang diperoleh, tetapi Dia melihat sejauh mana usaha yang kita lakukan demi menggapai redhaNya.

...Akhir sekali, ingatlah, nikmat TARBIAH yang paling besar sekali ialah TARBIAH dari ALLAH Azza wa jalla. Ia adalah tanda Allah sayang pada hambanya. Lapangkan dada untuk menerima TARBIAH dariNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan