"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Khamis, 21 April 2011

2 hari yang lepas, melawat makam sahabat nabi, syuhada' perang mu'tah~
saat hati mencari ketenangan, mencari-cari punca hati menjadi hitam... muhasabah itu perlu~
aku merenung jauh, kedalam makam sahabat yang mulia itu... "mereka, sudah pasti khatimahnya, bersenang lenang menikmati imbalan ketaatan mereka...bagaimana dengan aku? kadang taat, kadang liat." 
Kadang-kadang kita merasakan bahawa kitalah orang yang paling berat ujiannya  tidak mampu menempuhinya, sehingga kita lupa janji Allah dalam kitabNya, 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" 
Al-Baqarah:286

Tentang Imtihan~~
"camana imtihan, ok??" inilah soalan yang wajib ditanya bila keluar sahaja dari dewan peperiksaan. Dan jawapannya sama ada, 
1..."alhamdulillah~~" 
2..."ya Allah~~~" 
     berapa ramai dalam kalangan kita yang menganggap imtihan ini adalah segala-galanya? lulus dengan cemerlang...ijazah... kerja dan sebagainya. Namun, berapa ramai yang memikirkan bagaimana dengan sumbanganku dimasa hadapan... Alhamdulillah bila berjaya, Alhamdulillah bila seballiknya... kerana kedua-duanya adalah imtihan dariNya..

berbahagialah dengan ujian dariNya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan