"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Jumaat, 2 September 2011

HARI RAYA~

Assalamualaikum w.b.t... 

   Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya melepasi satu bulan pentarbiayahan jiwa. Ramadhan, bulan yang mulia, terbentang seribu satu rahmat. Para syaitan digari dan kita akan kembali kepada fitrah yang suci. Memang benar. Ini satu-satunya bulan dimana masyarakat sangat suka bersedekah. Anak-anak yatim menjadi perhatian. Budaya berbohong, mengumpat serta gejala-gejala kurang sihat yang lain ditinggalkan. 

   "Shhh...tak baik mengumpat, bulan ramadhan."
   "haa, bulan puasa tak leh tipu~"
     begitulah indahnya fitrah.

   Tapi kini bulan itu telah berlalu. Tugas para syaitan kembali seperti biasa. Menjauhkan manusia dari fitrah hidup bertuhan. Awaslah anak adam, kita kembali dalam bahaya. Moga-moga berbekalkan ijazah taqwa selepas kursus selama sebulan di bulan ramadhan mampu melindungi kita dari liciknya tipu daya syaitan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan