"MOGA HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH"

Jumaat, 28 Januari 2011

dakwah dan akademik

             Di Britain, orang Islam di sana yang kebanyakannya terdiri daripada belia telah diawasi secara diam-diam oleh 1,600 ejen. Walaupun program mengawasi secara diam-diam umat Islam ini dikecam oleh kalangan ahli akademik, ketakutan pihak tertentu di Britain kepada Islam mengalahkan kewarasan fikiran masyarakat ilmu.

              Ahli akademik di sana ada menegaskan bahawa mereka menentang segala bentuk tindakan mengawasi secara diam-diam siswa dan kakitangan berdasarkan etniknya, untuk tujuan imigresen dan alasan keamanan. Mereka mengecam keupayaan kerajaan yang ingin memanfaatkan anggota UCU untuk melakukan aktiviti mata-mata.

            Gerakan ahli akademik ini sebagai tindak balas terhadap tindakan Kementerian Pendidikan Inggeris yang dikeluarkan pada November 2006. Kementerian Pendidikan meminta pensyarah dan staf di universiti berkenaan mengintai mahasiswanya yang Muslim, kerana adanya "ektremisme Islam" di kampus.

            Sedarkah kita bahawasanya perkara yang sama juga berlaku di Malaysia!!! Dalam kita berasa prihatin dan runsing atas keadaan belia kita yang terlepas dikendali atau kawalan, kita juga ditimpa kemalangan fikiran yang menganggap semua gerakan kembali kepada agama sebagai musuh kemajuan dan perosak ketamadunan. Gerakan yang dipelopori pendakwah selalu dilihat serong dan dipencilkan oleh masyarakat amnya. 

sabda nabi... 
                      siapa dari kalangan kamu yang melihat kemungakaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah(nasihat penuh hikmah), jika tidak mampu, cegahlah dengan hati. dan itu adalah selemah-lemah iman...

           Dan kita sebagai mahasiswa, adakah kita juga termasuk dalam kalangan yang meminggirkan sahabat kita yang memperjuangkan Islam ini??? Tepuk dada, tanyalah iman kita... Bagi saya senang saja, apa yang dilakukan oleh seseorang itu selagi dia tetap dengan Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah dia berada di jalan yang benar. Siapa kita untuk menilainya... 

          Kadang2 tnpa kita sedari, kita sudah berjaya menjadi bahan sorakan oreintalis barat. Sistem orentasi peperiksaan telah berjaya melalaikan kita. Telah berjaya mengasingkan kita dari bidang dakwah itu sendiri. Syabas!!! 

"kita ni pelajar, mahasiswa, tugasnya belajar. selepas berjaya nanti, barulah kita mudah untuk berdakwah..."

"dakwah??? inikan bidang kerja golongan ustaz-ustazah... ini tugas mahasiswa yang ambik syariah...!!!"

"ingat amanah kita sebagai seorang pelajar. Jangan sibukkan diri dengan benda "lain"..." 

            Mengapa usaha dakwah ini dianggap sebagai benda "lain" yg menyibukkan kita... sedangkan bnyk lagi prkara lain seperti bersuka ria, shopping dan sebagainya... Inilah mentaliti belia Islam kita. Adakah kita menyangka dakwah itu hanya untuk golongan orang dewasa. jika kita yang dianggap sebagai masyarakat ilmu berfikiran sedemekian, saya tdk pasti bagaimana pemikiran masyarakat lain yang hanya tahu bangun pagi, pergi kerja... dpt gaji bayar hutang...

             sahabat~~ lihatlah keadaan masyarakat kita diluar sana, saksikan teman2 seusia kita, adakah punya masa lagi untuk kita tunggu sehingga selesai pengajian kita. Ataupun masih sempat menunggu saat kita bergelar DR dan sebagainya, sebelum tiba balasan dari Allah azza wa jalla... saya tinggalkan buat muhasabah dan renungan iman kita... 

firman Allah...
          Allahlah yang menciptakan kamu dr keadaan lemah , kmudian Dia menjadikan kamu setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan kamu setlah kuat itu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang di kehendaki. Dan Dia maha Mengetahui lagi maha Berkuasa...
                                                                                         ar.Rum:54 

          wahai kekuatan diantara dua kelemahan!!! bangkitlah!!! bangkitlah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan